12 February, 2013

Cuti-Cuti Malaysia - Cameron Highlands 2013

Assalamualaikum W.B.T.. Alhamdulillah.. syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan izinNya kami sekeluarga telah diberi peluang untuk bercuti di Cameron Highlands (CH) ,Pahang Darul Makmur pada 9hb Februari 2013 hingga 11hb Februari 2013 bersempena cuti Tahun Baru Cina.

Yang menariknya bukan kami tak pernah ke CH ni..banyak kali dah..Tapi kali nie kami menetap 3hari 2 malam disini.. Nak rasa kehidupan di CH.. Bukan main seronok anak dan isteri..tapi yang tak seronoknya tak boleh nak berjalan sangat sebab jalan jem. Keadaan nie memang dah dijangkakan. Haziq siap bwk PS 2 ke sini sbb dia kata takut bosan sbb x dpt nak jalan2.

Di CH kami menetap di sebuah apartment 3 bilik di Taman Royal Lily,Tanah Rata. Apartment kepunyaan Pn.Hawa yang hanya menyewakan apartmentnya kepada orang melayu terletak ditingkat 4. Tinggi tu..mmg tinggi tp x terasa penat pun sebab sejukkan..Kelengkapan dlm rumah mmg terbaik..TV LCD,peti ais,water heather,katil,bantal,meja makan, dapur semua ada..bak kata x rugi sewa apartment nie..

Suhu kat Tanah Rata nie sekitar 16 ~ 21 celcius..sejukkan!!. Kalau naik Berinchang mungkin lagi sejuk.
Alhamdulillah kami tak keseorangan disana sebab pakcik dan makcik ku pun naik CH juga pada masa yang sama. Cuma mereka menginap di Berinchang. Jadi malam pertama disini kami berkumpul di Tanah Rata untuk makan malam.. Berselera mereka makan hasil air tangan ku.. Yang mereka tak sangka ialah yang mereka dapat makan laksa yang aku buat kat CH nie..

Inshaa Allah kami akan kesini lagi...












































































No comments:

Post a Comment